Close

Infinix HOT 50 4G tiba di Malaysia dengan harga RM499

Selepas memperkenalkan model HOT 50 5G pada Oktober lalu, Infinix kini membawakan satu lagi pilihan model iaitu HOT 50 4G. Peranti ini tampil dengan pakej yang menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

HOT 50 4G ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G100 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan kamera utama 50MP dengan dua lagi sensor yang tidak didedahkan. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, Bluetooth dan menjalankan sistem operasi XOS 14.5 yang berasaskan Android 14.

Infinix HOT 50 4G dijual pada harga RM499 untuk 6GB + 256GB. Tersedia dengan 5 pilihan warna iaitu Grey, Pink, Green, Black dan Purple.

ARTIKEL BERKAITAN