CEO Apple iaitu Tim Cook mendedahkan syarikat mereka telahpun memulakan pembangunan kecerdasan buatan (AI) sejak 2017.
![](https://fuzz.my/storage/2024/11/Screenshot-2024-11-09-094654-1024x702.png)
Menurutnya, pasukan Neural Engine yang mulanya memfokuskan kepada projek kereta pintar telah ditukar kepada pembangunan AI dan juga pembelajaran mesin untuk produk Apple.
Tumpuan utama Apple dalam pembangunan AI adalah untuk kesihatan dan keselamatan pengguna. Untuk kesihatan, Apple telahpun membawakan beberapa fungsi seperti pengesanan sleep apnea dan juga pemantauan jantung melalui Apple Watch.
Selain itu, Apple turut memberikan penekanan terhadap privasi pengguna dengan menggunakan AI berasaskan peranti untuk memastikan maklumat pengguna kekal selamat. Penggunaan AI melalui pelayan hanya digunakan untuk tugasan kompleks yang turut mempunyai ciri keselamatan secara terbina.
Dari sudut lain, Tim Cook menyatakan yang AI bakal mengubah ekosistem Apple dengan pelbagai fungsi baru yang akan diperkenalkan. Namun begitu, beliau tidak mendedahkan secara terperinci mengenai fungsi tersebut.