Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan penggantian pasport secara percuma untuk mangsa banjir.
Kementerian Dalam Negeri melalui JIM sedia untuk menawarkan penggantian pasport percuma kepada mangsa banjir. Penawaran ini adalah salah satu usaha untuk membantu dan memudahkan urusan kepada mereka yang terjejas.
Menurut JIM, individu yang terkesan dengan masalah pasport rosak atau hilang akibat banjir boleh membuat permohonan penggantian pasport secara percuma. Untuk syarat penggantian, pasport yang rosak atau hilang perlu mempunyai tempoh sah tidak kurang dari 6 bulan.
Jika memenuhi syarat, pemilik pasport boleh pergi ke mana-mana pejabat Imigiresn untuk urusan penggantian. Namun begitu, pemilik pasport perlu membawa dokumen kad pengenalan, pasport asal (jika ada) dan laporan polis (asal dan salinan) untuk proses tersebut.