Close

realme Neo7 diumumkan – Guna cip Dimensity 9300+ dengan bateri 7000mAh

realme secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru mereka untuk pasaran China iaitu Neo7. Hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 7000mAh.

realme Neo7 hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas 80W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP69, NFC, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Seperti peranti realme yang lain ia turut menyokong pelbagai fungsi AI yang dikuasakan oleh NEXT AI. Di China, realme Neo7 dijual pada harga bermula sekitar CNY2099 (RM1280).

ARTIKEL BERKAITAN