Close

ZOTAC Gaming Zone kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM3899

Konsol mudah alih dari ZOTAC iaitu Gaming Zone kini tiba untuk pasaran tempatan. Merupakan konsol mudah alih pertama dari ZOTAC dan telah diperlihatkan pada acara COMPUTEX 2024.

Untuk rekaan, ZOTAC Gaming Zone tampil dengan rekaan yang lebih ringan bersama dengan alat kawalan yang lebih menarik. Konsol ini dilengkapi dengan dua pad sesentuh, radial dials, analog dengan suis Hall Effect dan paling menarik terdapat butang tigger yang menyokong dua tetapan untuk kawalan yang berbeza.

Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 7-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 7 8840U dan GPU Radeon 780M. Menggunakan konfigurasi memori 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman NVMe PCIe 4.0 512GB dan bateri 48.5 Wh.

Dari segi sambungan, terdapat dua port USB-C dimuatkan iaitu Thunderbolt 4 untuk pengecasan dan sambungan DP 1.4. Selain itu, konsol ini turut menyokong slot mikrosSD, kickstand terbina dan lampu RGB. Untuk sistem operasi, ia menjalankan sistem operasi Windows 11 Home Edition.

Di Malaysia, ZOTAC Gaming Zone ini dijual pada harga RM3899. Bagi yang berminat, konsol ini boleh dipra-tempah bermula 13 hingga 31 Disember ini di semua pengedar rasmi ZOTAC. Setiap pra-tempahan akan menerima Carrying Case percuma bernilai RM189. Selain itu, anda boleh membeli Docking Station dengan harga promosi RM199 (harga asal RM289.)

ARTIKEL BERKAITAN