Close

Proton e.Mas 7 akan diperkenalkan pada 16 Disember ini

Kenderaan Elektrik (EV) pertama dari Proton iaitu e.MAS 7 akan diperkenalkan secara rasmi pada 16 Disember ini. Perkara tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi Proton e.MAS Cars dengan mendedahkan kiraan detik pelancarannya.

Pada Oktober lalu, Proton telahpun berkongsi harga anggaran untuk e.MAS 7 iaitu sekitar RM120,000 dan ditawarkan dua pilihan varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium. Selain itu, Proton telahpun membuka pra-tempahan untuk EV pertama mereka dengan deposit RM500.

Proton e.MAS 7 hadir dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 160 kW dan 320 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.

Untuk Proton e.MAS 7 Prime, ia dilengkapi dengan 49.52 kWh dengan jarak gerak 345 km (WLTP). Sementara untuk Proton e.MAS 7 Premium pula dimuatkan dengan bateri 60.22 kWh dengan jarak gerak 410 km (WLTP). EV pertama Proton ini dijangka akan turut menyokong aplikasi e.MAS untuk membolehkan ia disepadukan antara aplikasi dan juga EV.

ARTIKEL BERKAITAN