Close

Google perkenal Android XR – Sistem operasi untuk set kepala dan cermin mata pintar

Google mengumumkan sistem operasi baru iaitu Android XR yang memfokuskan kepada set kepala dan juga cermin mata pintar. Android XR dibangunkan dengan kerjasama Samsung dan Qualcomm.

Penggunaan nama XR membawa maksud kepada ‘extended reality’ yang mengabungkan beberapa teknologi lain seperti Virtual reality (VR), Augmented reality (AR) dan Mixed reality (MR). Android XR akan menjadi pesaing kepada visionOS yang digunakan pada Apple Vision Pro.

Android XR menawarkan kemampuan yang menarik dari segi antara muka, sokongan aplikasi dan dibantu dengan Gemini AI. Antara aplikasi yang akan disokong pada sistem operasi ini adalah seperti YouTube, Google Photos, Maps dan Google Chrome. Google turut merancang untuk membolehkan Android XR menyokong Google Play Store.

Google menyatakan yang Android XR masih lagi di fasa awal pembangunan namun ia dijangka akan tersedia bermula tahun depan. Samsung dijangka akan menjadi pengeluar terawal akan memperkenalkan set kepala realiti dengan Android XR yang akan tiba pada 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN