Kerajaan mengumumkan kenaikkan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (FLYsiswa) dari RM300 kepada RM400 yang akan bermula 1 Januari 2025.
Inisiatif FLYsiswa telah diperkenalkan pada 2023 dan ia merupakan salah satu ikhtiar kerajaan untuk meringankan beban mahasiswa yang berdepan dengan masalah harga tiket penerbangan yang agak mahal.
Inisiatif ini ditawarkan untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tersedia untuk pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bantuan FLYsiswa diberikan dalam bentuk baucar digital kepada pelajar yang layak seterusnya ia boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan domestik.