Apple dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa sokongan selular pada MacBook.
Berdasarkan dari laporan, Apple merancang untuk memperkenalkan sokongan selular pada MacBook. Namun begitu, sokongan selular tersebut tidak akan tiba dalam masa terdekat, mungkin tiba sekitar 2028.
Apple berkemungkinan akan mengintergrasikan sambungan 5G ke dalam cip Apple Silicon. Dengan sokongan ini, pengguna MacBook tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada WiFi untuk mengakses internet.
Perancangan ini dikatakan selari dengan apa yang akan dilakukan oleh Apple iaitu mula menggunakan cip modem sendiri pada produk mereka. Perancangan tersebut dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak produk Apple seperti iPad dan Vision Pro.
iPhone SE generasi ke-4 dijangka akan menjadi iPhone pertama yang akan menggunakan modem yang dibangunkan sendiri oleh Apple. Pada masa akan datang, Apple dijangka akan dapat mengatasi kemampuan modem dari Qualcomm melalui modem generasi ketiga mereka.