Close

WhatsApp bakal perkenalkan butang pantas untuk balas mesej suara

WhatsApp bakal memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna membalas mesej suara dengan lebih pantas dan mudah.

Fungsi ini telah diuji melalui WhatsApp versi beta untuk Android dengan nombor binaan 2.24.26.6. Melalui fungsi ini, butang khas akan dipaparkan selepas pengguna mendengar mesej suara yang diterima. Dengan menekan butang khas tersebut, pengguna boleh merakam suara secara terus untuk membalas mesej suara.

Fungsi ini menjadikan mesej suara lebih mudah untuk dibalas tanpa perlu melakukan banyak langkah seperti sebelum ini. Selain itu, ia juga menjadikan komunikasi melalui suara lebih efisien dan lebih teratur.

Namun begitu, fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia pada semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN