Close

5 fungsi baru Apple Intelligence pada iOS 18.2

Apple telahpun melepas kemas kini iOS 18.2 untuk pengguna iPhone di seluruh dunia. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik, penambahbaikkan sistem operasi dan juga penyelesaian pepijat.

Bukan itu sahaja, kemas kini ini turut menyertakan beberapa lagi fungsi baru Apple Intelligence yang ditunggu-tunggu oleh pengguna iPhone. Berikutan itu, kami ingin berkongsi 5 fungsi baru Apple Intelligence yang ada pada iOS 18.2.

ChatGPT Integration

Apple kini mengintergrasikan ChatGPT secara terus pada iPhone sekaligus membolehkan pengguna mengakses fungsi tersebut secara terus pada bila-bila masa. Selain itu, pengguna tidak perlu melakukan log masuk untuk menggunakan ChatGPT.

Menarik mengenai intergrasi ini, ia membolehkan penguna menaik taraf kepada ChatGPT Plus secara terus tanpa melalui aplikasi. Bukan itu sahaja, ChatGPT akan turut boleh digunakan pada Siri dan juga Visual Intelligence. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan ChatGPT atau web sebagai sumber carian.

Image Playground

Image Playground merupakan aplikasi imej khusus yang membolehkan pengguna menghasilkan imej unik dan menarik dengan mudah. Menariknya, pengguna boleh menjana atau mencipta imej dalam pelbagai gaya seperti pakaian, tema, aksesori dan tempat.

Selain itu, Image Playground turut boleh menghasilkan imej dalam pelbagai konsep termasuk animasi 3D dan illustrasi. Untuk menjadikan hasil imej lebih menarik, pengguna boleh menambah teks, konsep atau menggunakan imej dari aplikasi Photos. Selain itu, imej yang dijana boleh dikongsi dan digunakan pada aplikasi permesejan.

Genmoji

Emoji pada iPhone kini berada ditahap yang berbeza dengan Genmoji. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna mencipta atau menjana emoji dengan lebih mudah melalui teks. Dengan hanya menaip penerangan, Genmoji mampu menghasilkan emoji yang menarik dengan pelbagai pilihan.

Lebih menarik, penguna boleh menghasilkan emoji dengan pelbagai konsep atau tema untuk menjadikan ia lebih unik dan lebih peribadi. Sama seperti emoji, Genmoji turut boleh digunakan sebagai sticker, reaction dan boleh menambah teks atau perkataan padanya.

Apa yang boleh dikatakan, Genmoji dapat menjadikan perbualan lebih menarik dan seronok.

Image Wand

Aplikasi Notes kini menyokong keupayaan baru melalui Image Wand. Melaluinya, ia boleh menukar atau mengubah teks atau visual ke dalam bentuk imej. Sekaligus, menjadikan pengambilan nota menjadi lebih menarik dan dinamik.

Image Wand membolehkan pengguna menukar lakaran kasar kepada imej yang lebih baik. Selain itu, ia turut membantu untuk menjadikan nota yang diambil lebih kemas. Fungsi ini menggunakan model generatif untuk menganalisis lakaran, tulisan tangan dan teks untuk menghasilkan imej yang relevan.

Visiual Intelligence

Berbeza dengan Apple Intelligence, Visual Intelligence hanya tersedia untuk siri iPhone 16 sahaja. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat carian pantas dengan hanya hold butang camera control.

Bukan itu sahaja, fungsi ini turut boleh melakukan pelbagai perkara lain seperti menterjemah teks, menyalin teks dan meringkaskan teks, mengesan nombor telefon atau e-mel untuk di tambah ke dalam kenalan dan banyak lagi.

Fungsi ini turut dikuasakan dengan ChatGPT sekaligus membolehkan pengguna meminta penjelasan mengenai sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

ARTIKEL BERKAITAN