OnePlus secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru mereka iaitu Ace 5 dan Ace 5 Pro di China. Hadir dengan spesfikasi yang lebih berkuasa dan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar.
Kedua-dua model ini tampil dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan cip, kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan. OnePlus Ace 5 Pro dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite, bateri 6100mAh dan pengecasan 100W. Manakala, untuk OnePlus Ace 5 pula ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 6415mAh dan pengecasan 80W.
Siri OnePlus Ace 5 hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Untuk konfigurasi memori ia hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX906 + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 16MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bahawa skrin, penarafan IP65, IR Blasters dan menjalankan ColorOS 15 berasaskan Android 15.
Di China, peranti ini dijual pada harga bermula sekitar CNY2299 (RM1409) untuk OnePlus Ace 5 dan CNY3399 (RM2086) untuk OnePlus Ace 5 Pro. Model ini dijangka akan turut tiba ke pasaran global namun menggunakan nama yang berbeza iaitu OnePlus 13R.