Close

Xiaomi 15 Ultra dijangka tiba pada Februari 2025

Peranti paling premium dari Xiaomi iaitu 15 Ultra dijangka akan diperkenalkan sekitar Februari 2025.

Menurut laporan, Xiaomi 15 Ultra berkemungkinan akan tiba pada penghujung Februari 2025. Lebih menarik, laporan tersebut turut menyatakan Xiaomi 15 Ultra dijangka akan diperkenalkan pada acara Mobile World Congress (MWC) 2025.

Acara MWC 2025 akan diadakan pada Februari tahun depan di Barcelona. Sebagai rekod, model sebelum ini iaitu Xiaomi 14 Ultra turut diperkenalkan di acara tersebut pada tahun lalu.

Bercakap mengenai spesifikasi, Xiaomi 15 Ultra dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite, skrin OLED 120Hz, pengimbas cap jari ultrasonic, bateri 6000mAh dan pengecasan 90W. Peranti ini akan turut dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dan menjalankan sistem operasi baru iaitu HyperOS 2

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN