Setel akan menyokong tempoh bertenang atau ‘Cooling-Off Period’ selama 6 jam yang akan berkuat kuasa bermula 31 Disember 2024.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6309721160631303958_y-504x1024.jpg)
Sokongan tersebut diperkenalkan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang akses tidak sah atau mencurigakan kepada akaun pengguna. Tempoh bertenang akan bermula apabila pengguna mendaftar akaun buat pertama kali, menukar peranti baru atau meningkatkan had pemindahan QR DuitNow.
Semasa tempoh tersebut, pengguna masih boleh melakukan beberapa perkara seperti pengecasan EV, mengisi minyak, pembayar parkir dan pembelian di kedai Mesra.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh bertenang antaranya seperti pembayaran melalui Setel QR atau DuitNow QR, pembelian di Kedai PETRONAS, urusan melibatkan cukai jalan, khidmat pelanggan dan perkhidmatan kereta tidak tersedia.