Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tak boleh diakses pada 31 Disember ini

Maybank melalui laman rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses sementara waktu pada Selesa, 31 Disember bermula jam 11.30 hingga 11.59 malam.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang dilakukan untuk memberikan pengalaman beli-belah yang lebih lancar tanpa sebarang gangguan ketika jualan 1.1 berlangsung.

Sehubungan dengan itu, Maybank turut menyenaraikan perkhidmatan yang terjejas seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi QRPayBiz, aplikasi MAE, FPX Online Payments, Debit Card Transactions, aplikasi Maybank Wealth, perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri.

Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN