Close

iPhone 14 dan iPhone SE 3 tidak lagi dijual di Eropah

Apple tidak lagi menjual iPhone 14 dan iPhone SE 3 di pasaran Eropah kerana perlaksanaan undang-undang kesatuan EU yang mewajibkan semua peranti yang dijual menggunakan pengecasan jenis USB-C.

Berikutan dari perlaksanaan tersebut, Apple telah menghentikan penjualan bagi kedua-dua model tersebut di beberapa negara Eropah seperti Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Portugal dan banyak lagi. Kedua-dua model tersebut tidak lagi tersedia di stor fizikal atau stor atas talian Apple.

iPhone 14 dan iPhone SE 3 merupakan model terakhir dari Apple yang menggunakan pengecasan jenis Lightning. Manakala, iPhone 15 pula merupakan model pertama yang hadir dengan pengecasan jenis USB-C. Sebagai rekod, iPhone 14 mula diperkenalkan pada September 2022 manakala iPhone SE 3 pula diperkenalkan pada Mac 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN