Close

Siri POCO X7 akan diperkenalkan pada 9 Januari 2025

POCO menjadualkan acara pelancaran siri POCO X7 pada 9 Januari 2025 di India. Melaluinya, POCO akan memperkenalkan 2 pilihan model iaitu POCO X7 dan POCO X7 Pro.

Seiring dengan itu, POCO turut memperlihatkan rekaan bagi kedua-dua model. POCO X7 Pro tampil dengan rekaan kamera belakang menegak yang sama seperti iPhone 16. Manakala, POCO X7 tampil dengan rekaan kamera belakang seperti HUAWEI Mate 50 dengan susunan 2 x 2.

Selain itu, turut dapat dilihat kedua-dua model hadir dengan dua tona warna iaitu kuning dan hitam pada panel belakang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh POCO buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN