Platform penstriman video dari Apple iaitu Apple TV+ boleh diakses secara percuma untuk semua pengguna di seluruh dunia bermula 3 hingga 5 Januari 2025.
Melalui penawaran ini, pengguna boleh menonton pelbagai kandungan yang ditawarkan pada Apple TV+ secara percuma pada hujung minggu ini. Untuk mengakses, pengguna hanya perlu melakukan log masuk menggunakan Apple ID sahaja.
Apple TV+ menawarkan pelbagai kandungan yang menarik untuk ditonton antara seperti Fly Me to the Moon, The Family Plan, Wolfs, The Instigators dan banyak lagi. Selain itu, siri yang popular pada Apple TV+ adalah seperti Shrinking, Silo, Severance, Bad Sisters dan juga Ted Lasso.
Apple TV+ mula diperkenalkan pada 2019 dan kini tersedia lebih di lebih 100 negara. Di Malaysia, harga langganan yang ditawarkan bermula dari RM29.90 sebulan.