Close

Cip Snapdragon 8 Elite baru mungkin tiba lebih awal dari kebiasaan

Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip andalan mereka yang seterusnya lebih awal dari kebiasaan.

Menurut laporan, Qualcomm mungkin perkenal cip Snapdragon 8 Elite baru lebih awal pada tahun 2025. Lebih menarik, laporan tersebut menjangkakan ia akan diperkenal pada pertengahan tahun depan.

Sebagai rekod, cip Snapdragon 8 Elite telah diperkenalkan pada Oktober lalu. Hadir dengan perubahan yang ketara dari semua aspek dan menggunakan skema nama baru yang dikenali sebagai Snapdragon 8 Elite bukannya Snapdragon 8 Gen 4.

Cip baru dari Qualcomm ini akan dibina menggunakan teknologi binaan 3nm N3P dari TSMC. Selain itu, cip ini akan turut menawarkan peningkatan ketara pada prestasi GPU berbanding generasi sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN