Close

iPhone 17 mungkin hadir dengan paparan 90Hz bukan 120Hz

Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan semua iPhone 17 akan hadir dengan skrin LTPO sekaligus menyokong teknologi ProMotion 120Hz.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan teknologi ProMotion hanya eksklusif pada model ‘Pro’ sahaja. Bermaksud, teknologi tersebut tidak akan tersedia pada model biasa. Seperti namanya, teknologi ProMotion hanya digunakan pada model Pro sahaja iaitu iPad Pro, iPhone Pro dan MacBook Pro.

Walau bagaimanapun, model biasa akan turut menyokong skrin LTPO namun dengan paparan yang lebih rendah iaitu 90Hz. Teknologi paparan tersebut berkemungkinan akan dikenali sebagai ‘Liquid Motion‘, akan digunakan pada iPhone 17 dan iPhone 17 Air.

Laporan ini dikatakan selari dengan perancangan Apple untuk memperkenalkan paparan 90Hz pada produk lain seperti iPad Air dan iMac. Sekiranya laporan ini tepat, ia sesuatu yang menarik untuk melihat ketibaan teknologi baru pada produk Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN