Close

Maybank perkenalkan fungsi ‘Money Lock’ – Kunci dana secara digital

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih selamat, Maybank telah memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil sebagai ‘Money Lock’ pada aplikasi MAE.

Money Lock merupakan fungsi keselamatan anti-penipuan pertama di Malaysia. Melalui fungsi ini, ia membolehkan penggunaan mengunci dana dalam akaun simpanan dan semasa dari akses digital tidak sah atau penipuan atas talian.

Apabila fungsi ini diaktifkan, dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk sebarang transaksi merangkumi pemindahan dalam talian, pengeluaran ATM atau pembayaran lain. Selain itu, pengguna boleh menentukan jumlah dana yang ingin dikunci.

Fungsi ini boleh diaktifkan melalui aplikasi MAE tanpa sebarang caj tambahan dan tiada had bilang pengaktifan. Namun begitu, untuk menyahaktif atau menukar dana yang dikunci pengguna perlu melakukan pengesahan di ATM atau cawangan Maybank.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN