HONOR Malaysia bakal memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Magic7 Pro ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini akan tiba ke pasaran tempatan pada 9 Januari ini.
Seiring dengan itu, HONOR Malaysia telah membuka pra-tempahan awal untuk Magic7 Pro bermula 2 hingga 8 Januari 2025. Pra-tempahan boleh dibuat dengan bayaran deposit RM200 dan akan menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM2096.
HONOR Magic7 Pro bakal hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi dan juga AI. Bukan itu sahaja, peranti akan turut menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI yang dipertingkat seperti AI Deepfake Detection Technology, AI Magic Portal 2.0, AI Magic Avatar, AI Summary, AI Minutes, AI Format dan juga AI Interpreter.
Buat masa ini, HONOR Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.