Close

Cara aktifkan fungsi ‘Money Lock’ pada aplikasi Maybank MAE

Maybank telahpun memperkenalkan perlindungan tambahan iaitu Money Lock pada aplikasi MAE. Fungsi ini memboleh pengguna mengunci dana dalam akaun simpanan dan semasa dari akses digital tidak sah atau penipuan atas talian.

Namun begitu, fungsi ini perlu diaktifkan secara manual sebelum ia boleh digunakan. Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara untuk mengaktifkan fungsi Money Lock pada aplikasi MAE.

Cara aktifkan fungsi Money Lock pada aplikasi MAE :

  • 1- Buka aplikasi MAE dan pilih tab Accounts.
  • 2- Pada tab Accounts pilih akaun yang ingin digunakan.
  • 3- Seterusnya, pilih ikon Money Lock dan pilih jumlah yang ingin dikunci.
  • 4- Lakukan pengesahan melalui Secure2u dan proses selesai.

Walau bagaimanapun, untuk menyahaktif atau menukar dana yang dikunci pengguna perlu melakukan pengesahan di ATM atau cawangan Maybank. Selain itu, pengguna digalakkan untuk merancang kewangan sebelum mengaktifkan fungsi tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN