Close

Alliance Bank kini menyokong Google Pay – Cara tambah kad dalam Google Wallet

Berita gembira untuk pengguna Alliance Bank, sokongan pembayaran melalui Google Pay kini tersedia untuk semua.

Buat yang tidak mengetahui, Google Pay adalah perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti.

Melalui perkongsian Alliance Bank, pembayaran melalui Google Pay ini hanya tersedia untuk pengguna kad kredit sahaja. Seiring dengan itu, Alliance Bank turut berkongsi cara untuk menambah kad dalam Google Wallet.

  • Buka aplikasi Alliance Bank dan tekan ikon Virtual Credit Card.
  • Seterusnya, pilih Google Play.
  • Pilih Add to Google Play dan ikut arahan pada skrin.
  • Selepas selesai kad virtual akan dipaparkan.

Google Wallet mula tersedia untuk pengguna Malaysia sekitar November 2022. Selain Alliance Bank, terdapat beberapa lagi perbankan yang menyokong fungsi ini antaranya Bank Muamalat, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Standard Chartered, Public Bank, Maybank, HSBC Bank, RHB Bank dan Wise.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN