Xiaomi Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 14 pada 10 Januari 2025. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada September tahun lalu.
Seiring dengan itu, Xiaomi Malaysia telah menyediakan halaman khas untuk pelancaran peranti ini. Halaman tersebut turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai siri Redmi Note 14. Antaranya seperti kamera 200MP, penarafan IP68, sokongan AI dan menawarkan ketahanan yang lebih baik melalui Corning Gorilla Glass Victus 2.
Kami menjangkakan yang Xiaomi akan menawarkan tiga pilihan model dalam siri ini yang berkemungkinan Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro dan Redmi Note 14 Pro+. Selain itu, Xiaomi dijangka akan turut mengumumkan dua lagi peranti baru pada acara tersebut iaitu Redmi Buds 6 Pro dan Redmi Watch 5.
Walau bagaimanapun, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan