Close

Apple perkenalkan AirPods 4 edisi istimewa sempena Tahun Baru Cina

Seperti kebiasaannya, Apple akan memperkenalkan TWS edisi istimewa bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Untuk tahun 2025, Apple sedia untuk menawarkan TWS edisi istimewa yang dipanggil sebagai “Year of the Snake Special Edition AirPods 4 with Active Noise Cancellation“.

Secara asasnya, AirPods 4 edisi istimewa ini masih membawakan spesifikasi dan harga yang sama seperti model biasa. Namun, apa yang istimewa adalah terdapatnya ukiran Ular dengan warna yang berbeza pada bekas pengecas dan juga pada kotak pembungkusannya. 

AirPods 4 diperkenalkan pada tahun lalu dan dikuasakan dengan cip H2 yang menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik.

Bagi yang berminat, AirPods 4 edisi istimewa ini ditawarkan pada harga RM829 dan boleh dibeli secara terus melalui stor rasmi Apple Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN