Seperti yang kita tahu, aplikasi MyJPJ menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam perkembangan terbaru, aplikasi MyJPJ kini menyokong fungsi baru yang membolehkan pengguna membayar saman JPJ melaluinya. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk menyemak dan membuat pembayaran saman JPJ.
Seiring dengan ketibaan fungsi tersebut, JPJ kini menawarkan diskaun saman sebanyak 50% menerusi kempen kompaun khas dengan kadar rata RM150. Kempen kompaun khas ini bermula dari 3 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.
Namun begitu, diskaun ini hanya tersedia untuk 3 jenis kesalahan sahaja iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).
Selain membuat pembayaran saman melalui aplikasi MyJPJ, pengguna turut boleh melakukannya melalui kaunter dan kiosk fizikal JPJ.