Close

Redmi Turbo 4 diumumkan – Peranti pertama dengan cip Dimensity 8400-Ultra

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Turbo 4 di pasaran China. Menarik mengenai peranti ini, ia merupakan peranti pertama hadir dengan cip Dimensity 8400-Ultra.

Redmi Turbo 4 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak pada 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Ultra yang dipadankan dengan 16GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYT 600 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K 60fps. Dimuatkan dengan bateri karbon-silikon 6550mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP66/68/69, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15. Di China, Redmi Turbo 4 dijual pada harga bermula sekitar CNY1999 (RM1229). Peranti ini bekemungkinan akan diperkenalkan sebagai POCO X7 Pro untuk pasaran global.

ARTIKEL BERKAITAN