Close

Siri OPPO Reno13 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2299

OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model siri Reno13. Tampil dengan 2 pilihan model iaitu Reno13 dan Reno13 Pro.

Kedua-dua peranti ini berkongsi spesifikasi yang hampir sama dibezakan dengan saiz skrin, kapasiti bateri dan kemampuan kamera. Reno13 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci sementara Reno13 Pro hadir dengan skrin 6.83-inci. Kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dengan resolusi FHD+.

Untuk fotografi, Reno13 hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang  dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Manakala Reno13 Pro pula menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto. Untuk swafoto, kedua-dua peranti menggunakan sensor 50MP. Menggunakan bateri 5600mAh untuk Reno13 dan 5800mAh untuk Reno13 Pro. Kedua-dua menyokong pengecasan pantas berwayar 80W.

Siri OPPO Reno13 dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menjalankan sistem operasi ColorOS 15 berasaskan Android 15 yang turut dimuatkan dengan fungsi AI seperti AI Summary, Screen Translator, AI Writer, AI Toolbox, AI Smart Image Matting 2.0 dan banyak lagi.

Di Malaysia, Reno13 dijual pada harga RM2299 untuk 12GB + 256GB dan RM2599 untuk 12GB + 512GB. Manakala untuk Reno13 Pro pula, ia dijual pada harga RM2999 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 7 sehingga 10 Januari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2266.

ARTIKEL BERKAITAN