Apple setuju untuk membayar pampasan $95 juta bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah berkenaan dengan pelanggaran privasi pengguna.
Apple didakwa telah merakam audio tanpa kebenaran melalui Siri yang merupakan pembantu suara. Siri dikatakan boleh diaktifkan secara tidak sengaja oleh pengguna. Perbualan yang telah dirakam tidak hanya digunakan oleh Apple sahaja tetapi turut dikongsi kepada pihak ketiga termasuklah syarikat pengiklanan.
Antara audio yang dirakam oleh Siri adalah seperti perbualan peribadi dan perbincangan dengan doktor. Saman ke atas Apple ini telah difailkan pada tahun 2019 dan akan diselesaikan di luar mahkamah.
Pengguna Amerika Syarikat akan menerima pampasan $20 untuk setiap peranti yang dimiliki namun terhad kepada 5 peranti untuk seorang. Peranti yang terkesan dengan masalah ini adalah Apple Watch, iPhone, iPad, iMac, HomePod, MacBook, iPod touch dan Apple TV.