Close

Samsung menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 23 Januari ini

Samsung secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk peranti baru mereka iaitu pada 23 Januari ini. Pada acara tersebut, Samsung dijangka akan mengumumkan barisan baru siri Galaxy S dan juga beberapa peranti lain.

Seperti model sebelumnya, Samsung dilihat masih memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI). Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan Samsung bakal memperkenalkan pelbagai fungsi baru yang dikuasakan oleh Galaxy AI.

Selain siri Galaxy S baru, Samsung turut dijangka akan memperkenalkan Galaxy Ring 2 dan juga kaca mata pintar yang akan menjalankan sistem operasi Android XR. Acara Galaxy Unpacked ini boleh diltonton melalui laman web rasmi Samsung dan juga YouTube rasmi Samsung.

Buat masa ini, Samsung belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti yang akan diperkenalkan. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Samsung dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN