Close

OnePlus 13 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM4399

OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka ke pasaran tempatan melalui model OnePlus 13. Peranti ini tampil dengan pelbagai peningkatan dan dikuasakan dengan cip terbaru dari iaitu Snapdragon 8 Elite.

OnePlus 13 hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4500 nits dan juga sokongan ProXDR. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-808 + 50MP Ultra Sudut Lebar + 50MP LYT600 yang menyokong 3x zum optik. Keupayaan kamera ini turut dilengkapi dengan penjenamaan Hasselblad. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP dari Sony IMX615.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonik, pembesar suara jenis stereo, penarafan IP69, butang alert slider, IR Blaster, WiFi 7 dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, OnePlus 13 ditawarkan pada harga RM4399 untuk 16GB + 512GB. Tersedia dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight Ocean, Arctic Dawn dan Black Eclipse. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 1 hingga 10 Januari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM547 iaitu pengecas SuperVOOC 100W, power bank magnetik 5000mAh dan juga kerangka pelindung magnetik.

ARTIKEL BERKAITAN