Close

KWSP perkenal fungsi i-Akaun Secure – Untuk pengesahan transaksi lebih pantas

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan fungsi keselamatan baru yang dipanggil sebagai i-Akaun Secure.

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna meluluskan transaksi dengan lebih pantas dengan hanya satu klik sahaja pada i-Akaun Secure Authorisation. Bermaksud, pengguna tidak lagi perlu menunggu kod 6 digit Transaction Authorisation Code (TAC) yang dihantar melalui SMS untuk menyelesaikan transaksi.

Namun begitu, fungsi i-Akaun Secure hanya boleh digunakan dan diakses pada satu peranti sahaja. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan membuka profil dan pilih tetapan aplikasi. Seterusnya, aktifkan paparan dan pemberitahuan notifikasi.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya tersedia untuk transaksi pengeluaran akaun fleksible sahaja buat masa ini. Fungsi ini dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak transaksi pada masa akan datang.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fungsi ini, boleh layari laman web rasmi KWSP.

ARTIKEL BERKAITAN