Selepas menyokong perkhidmatan dompet digital melalui Google Wallet. Alliance Bank kini turut menyokong satu lagi perkhidmatan dompet digital iaitu Samsung Wallet.
Seperti mana Google Wallet, Samsung Wallet membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti. Sekaligus, menawarkan lebih banyak alternatif pembayaran untuk pengguna Alliance Bank.
Seiring dengan pengenalannya, Alliance Bank turut menawarkan baucar RM5 kepada pengguna yang menambah kad mereka ke dalam Samsung Wallet bermula 9 Januari. Lebih menarik, pengguna turut berpeluang untuk memenangi peranti Samsung sekiranya berbelanja dengan jumlah yang tinggi melalui Samsung Pay dari 9 hingga 28 Januari 2025.
Walau bagaimanapun, sokongan Samsung Wallet ini hanya tersedia untuk pengguna kad kredit visa sahaja buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan Alliance Bank akan menyokong lebih banyak pengguna pada masa akan datang.