Close

HONOR Magic7 RSR Porsche Design akan turut diperkenalkan ke pasaran Malaysia

HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan HONOR Magic7 RSR Porsche Design ke pasaran tempatan. Buat yang tidak mengetahui, model ini dihasilkan dengan kerjasama HONOR dan juga Porsche Design.

HONOR Magic7 RSR Porsche Design telahpun diperkenalkan lebih awal di China. Seperti namanya, peranti ini hadir dengan rekaan dan kemasan yang lebih menarik untuk menjadikan ia lebih mewah dan lebih istimewa.

Dari segi rekaan, ia tampil dengan beberapa perubahan seperti pada rekaan kamera belakang hadir dengan susunan kamera yang berbeza dan kedudukan flash yang diubah. Seterusnya, kemasan warna pada bahagian kamera kini menggunakan pilihan warna yang sama.

Untuk spesifikasi, peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti HONOR Magic7 Pro. Menggunakan skrin 6.82-inci, cip Snapdragon 8 Elite, bateri 5850mAh, tri-kamera belakang, 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

HONOR Magic7 RSR Porsche Design akan diumumkan bersama dengan HONOR Magic7 Pro pada 9 Januari ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN