realme Note 60x tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas permulaan dan ditawarkan dengan harga mampu milik.
realme Note 60x hadir dengan spesifikasi yang menarik untuk sebuah peranti kelas permulaan. Tampil dengan skrin LCD 6.74 dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan dilindungi dengan ArmorShell. Dikuasakan dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 8MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui USB-C. Menjadikan peranti ini lebih menarik, ia menyokong penarafan IP54 sekaligus sesuai untuk penggunaan harian.
Untuk pasaran Malaysia, realme Note 60x ditawarkan pada harga RM369 untuk 4GB + 64GB. Tersedia dalam 2 pilihan warna iaitu Wilderness Green dan juga Marble Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.