Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tak boleh diakses pada 11 Januari ini

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada Sabtu, 11 Januari bermula pada 3.00 pagi sehingga 6.00 pagi.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem sekaligus menyebabkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses secara sementara. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti laman web Maybank2uaplikasi MAE dan Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi).

Seiring dengan itu, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN