Close

HONOR Magic7 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4599

HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan peranti andalan baru mereka iaitu Magic7 Pro. Tampil dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi, fungsi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan skrin LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.82-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak HDR 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 100x zum digital. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang dipadan dengan sensor 3D deep sensing. Dimuatkan dengan bateri 5850mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68/IP69, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster dan menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15. Peranti ini turut menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Deep Fake Detection, Magic Portal 2.0, AI Chat, AI Interpreter, AI Transcript dan banyak lagi.

Di Malaysia, HONOR Magic7 Pro dijual pada harga bermula RM4599 untuk 12GB + 512GB dan RM5199 untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna Breeze Blue, Black dan Lunar Shadow Grey. Bagi yang berminat, peranti boleh dipra-tempah bermula 9 hingga 16 Januari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2096.

ARTIKEL BERKAITAN