Close

HONOR Magic7 RSR Porsche Design turut tiba di Malaysia dengan harga RM6999

Seiring dengan pelancaran Magic7 Pro, HONOR turut memperkenalkan peranti edisi terhad baru iaitu Magic7 RSR Porsche Design. Seperti namanya, peranti ini hadir dengan rekaan dan kemasan yang mewah dan istimewa.

Magic7 RSR Porsche Design tampil dengan rekaan yang hampir sama dengan generasi sebelumnya. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan untuk menjadikan ia lebih menarik. Perubahan ketara adalah pada rekaan kamera belakang guna susunan kamera yang berbeza dan kedudukan flash yang diubah. Seterusnya, kemasan warna pada bahagian kamera kini menggunakan pilihan warna yang sama.

Peranti ini berkongsi spesifikasi yang sama seperti Magic7 Pro, bermaksud ia menggunakan skrin LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.82-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak HDR 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 24GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 100x zum digital. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang dipadan dengan sensor 3D depth sensing. Dimuatkan dengan bateri 5850mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Untuk pasaran Malaysia, HONR Magic7 RSR Porsche Design ini dijual pada harga RM6999 untuk 24GB +1TB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Hitam dan Ungu. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 24 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN