POCO secara rasmi mengumumkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu POCO X7 dan X7 Pro. Merupakan peranti kelas pertengahan dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.
POCO X7 Pro merupakan model paling premium, hadir dengan skrin 6.67-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Ultra yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP.
Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 90W yang mampu dicas dari 0% hingga 100% hanya dalam 42 minit sahaja. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP68, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 2 berasaskan Android 15.
Manakala untuk POCO X7, ia turut hadir dengan skrin 6.67-ini dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3000 nits dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 2.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300-Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 20MP.
Dimuatkan dengan bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP68, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 2 berasaskan Android 15.
Untuk harga jualan, POCO X7 dijual pada harga RM1199 (8GB + 256GB) dan RM1399 (12GB + 512GB). Sementara POCO X7 Pro pula dijual pada harga RM1499 (8GB + 256GB), RM1599 (12GB + 256GB) dan RM1699 (12GB + 512GB).