Close

Apple masih tak boleh jual iPhone 16 di Indonesia – Ini sebabnya

Apple masih tidak dibenarkan untuk menjual atau menawarkan iPhone 16 di Indonesia biarpun telah bersetuju untuk membuka kilang di negara tersebut.

Menurut laporan, Apple telah bersetuju untuk membuka kilang menghasilkan AirTag di Pulau Batam, Indonesia yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan. Namun begitu, persetujuan tersebut dikatakan masih tidak memenuhi peraturan domestik.

Ini kerana, Apple AirTag tidak dikira sebagai komponen iPhone buatan tempatan. Yang mana, Undang-undang Indonesia mewajibkan setiap peranti yang dijual perlu menggunakan 40% komponen yang dihasilkan di negara tersebut.

Wakil Apple iaitu Nick Ammann, telah mencadangkan pelaburan inovatif ketika pertemuan dengan Menteri pelaburan Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita. Namun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Indonesia.

Indonesia merupakan negara dengan populasi keempat terbesar dunia dilihat menjadi pasaran penting bagi Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN