Close

Tesla Model Y 2025 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM195K

Tesla Malaysia kini sedia untuk menawarkan Model Y 2025 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan rekaan yang lebih menarik dan tersedia dalam 2 pilihan varian.

Model Y 2025 hadir dengan rekaan lampu hadapan dan belakang berbeza yang disambungkan dengan light bar melintang yang diinspirasikan dari model Cybertruck. Rekaan dalaman turut diberi nafas baru dengan sebahagian rekaan diambil dari Model 3 Highland.

Untuk pasaran Malaysia, Model Y 2025 ini ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu RWD dan juga AWD. Bagi Model Y 2025 RWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 466 km (WLTP) dengan kelajuan maksimum pada 201 km/j. Manakala untuk Model Y 2025 AWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 551 km (WLTP) dengan kelajuan maksimum 201 km/j.

Dari segi harga jualan, Model Y 2025 RWD dijual pada harga bermula RM195K manakala untuk Model Y 2025 AWD pula dijual pada harga bermula RM242K. Bagi yang berminat, ia boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan penghantaran akan bermula pada penghujung April ini.

ARTIKEL BERKAITAN