Xiaomi melalui sub-jenama mereka iaitu Redmi telah memperkenalkan barisan baru di bawah siri Redmi Note 14 untuk pasaran tempatan. Hadir dalam 4 pilihan varian iaitu Redmi Note 14, Redmi Note 14 5G, Redmi Note 14 Pro 5G dan Redmi Note 14 Pro+ 5G.
Redmi Note 14 Pro+ 5G
Redmi Note 14 Pro+ 5G merupakan varian premium dalam barisan Redmi Note 14. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 3000 nits, Dolby vision dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP68, pembesar suara Dolby Atmos dan pengimbas cap jari bawah skrin.
Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, AI Notes, AI Recorder, AI Interpreter, AI Erase Pro dan banyak lagi. Untuk harga jualan, Redmi Note 14 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RM1699 untuk 8GB + 25GB dan RM1899 untuk 12GB + 512GB.
Redmi Note 14 Pro 5G
Untuk Redmi Note 14 Pro 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong Dolby Vision, kecerahan puncak 3000 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dijana dengan cip Dimensity 7300-Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 25GGB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP68, pembesar suara Dolby Atmos dan pengimbas cap jari bawah skrin.
Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, AI Notes, AI Recorder, AI Interpreter, AI Erase Pro dan banyak lagi. Dari segi harga jualan, Redmi Note 14 Pro 5G dijual pada harga RM1299 (8GB + 25GB).
Redmi Note 14 5G
Redmi Note 14 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 2100 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7025-Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP64, pembesar suara Dolby Atmos dan pengimbas cap jari bawah skrin. Untuk harga jualan, Redmi Note 14 5G dijual pada harga RM899 8GB + 25GB.
Redmi Note 14
Dan model terakhir dalam siri ini adalah Redmi Note 14, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1800 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Ultra Lebar + 2MP Makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 20MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Redmi Note 13 dijual pada harga RM699 untuk 8GB + 256GB.
Bagi yang berminat, siri Redmi Note 14 boleh dipra-tempah bermula 11 hingga 15 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah percuma menarik.