Close

Siri OnePlus 13 akan menerima sokongan kemas kini sehingga 6 tahun

OnePlus akan menyokong kemas kini yang lebih panjang untuk peranti mereka bermula dengan siri OnePlus 13.

Menurut OnePlus, OnePlus 13 dan OnePlus 13R akan menerima sokongan kemas kini Android sehingga 4 tahun dan 6 tahun untuk kemas kini keselamatan. Sekaligus, menjadikan siri OnePlus peranti pertama yang menyokong kemas kini sehingga 6 tahun.

Melalui sokongan tersebut, siri OnePlus 13 akan menerima kemas kini sistem operasi sehingga Android 19. Pada ketika ini, dua pengeluar iaitu Samsung dan Google menawarkan kemas kini yang lebih panjang untuk peranti mereka iaitu sehingga 7 tahun.

Dengan sokongan kemas kini yang lebih panjang, siri OnePlus 13 berpotensi untuk menjadi pilihan bagi pengguna yang mementingkan kepada kemas kini. OnePlus 13 telahpun ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan harga jualan bermula RM4399 untuk 16GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN