Selepas menawarkan sokongan Apple CarPlay pada tahun lalu, Proton kini sedia untuk memberikan kemas kini perisian terbaru untuk model X70 2025 sekaligus menyokong fungsi Android Auto.
Seperti mana Apple CarPlay, Android Auto adalah sokongan sistem inforia dari Google yang membolehkan peranti Android disambungkan kepada skrin kenderaan. Sekaligus, membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi dan fungsi dengan lebih mudah seperti Google Maps, Spotify, panggilan suara dan lain-lain.


Seiring dengan ketibaan fungsi tersebut, Proton telah berkongsi cara pemasangan Android Auto yang ditawarkan melalui kemas kini secara Over The Air (OTA). Selepas berjaya dikemas kini, pengguna boleh menyambungankan peranti Android ke skrin kenderaan menggunakan USB atau Bluetooth.