Close

SteamOS tidak hanya terhad kepada Steam Deck sahaja

Valve mengesahkan sistem operasi mereka iaitu SteamOS tidak hanya terhad kepada Steam Deck sahaja. Bermaksud, sistem operasi ini akan turut tersedia pada konsol mudah alih pihak ketiga.

Valve sedia untuk menawarkan SteamOS kepada peranti pihak ketiga pada tahun ini. Lenovo bakal menjadi pengeluar pertama hadir dengan SteamOS melalui Legion Go S. Selain itu, Valve akan turut menyokong pemasangan SteamOS pada peranti lain melalui versi beta yang akan tersedia pada Mac 2025.

Peranti lain boleh menjalankan SteamOS namun Valve tidak menjanjikan prestasi yang stabil pada semua peranti. Walau bagaimanapun, Valve sedia untuk bekerjsama dengan pengeluar lain dalam hal tersebut. Pada ketika ini, hanya Lenovo sahaja rakan kongsi rasmi Valve untuk SteamOS.

Selain itu, Valve menyatakan yang SteamOS adalah platform tunggal untuk semua peranti yang ditawarkan melalui kemas kini yang sama. Namun, untuk menjadikan SteamOS lebih lancar ia memerlukan penyesuaian keserasian bagi perkakasan tambahan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN