Close

Apple Watch SE dengan rekaan baru mungkin tiba pada tahun ini

Apple dijangka akan memperkenalkan Apple Watch SE generasi baru pada tahun ini. Lebih menarik, jam tangan pintar baru ini akan hadir dengan rekaan serba baru.

Menurut laporan, Apple Watch SE baru akan menjadi salah satu produk yang akan diperkenalkan oleh Apple pada tahun ini. Peranti ini dikatakan hadir dengan rekaan serba baru berbeza dari generasi sebelumnya.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai rekaan peranti tersebut. Tidak hanya hadir dengan rekaan baru, peranti ini turut dijangka hadir dengan cip yang lebih berkuasa sekaligus menjanjikan peningkatan prestasi yang lebih baik.

Apple Watch SE merupakan jam tangan pintar yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik berbanding model lain. Di Malaysia, Apple Watch SE ditawarkan pada harga bermula RM999.

ARTIKEL BERKAITAN