Close

OPPO Find N5 akan tiba pada Februari ini – Fon lipat paling nipis di dunia?

OPPO secara rasmi mengesahkan ketibaan fon lipat mereka yang seterusnya iaitu Find N5 pada Februari ini di China.

Seiring dengan itu, OPPO turut berkongsi imej awal mengenai peranti tersebut. Imej tersebut memperlihatkan Find N5 dibandingkan dengan ketebalan pensel biasa yang mempunyai ketebalan sekitar 7mm.

Menurut Pete Lau, Find N5 akan menjadi fon lipat paling nipis di dunia dengan ketebalan kurang daripada 4mm apabila dibuka dan 10mm apabila dilipat. Bukan itu sahaja, Find N5 akan menggunakan binaan titanium untuk menawarkan ketahanan yang lebih baik dan menyokong penarafan IPX8. Sebagai perbandingan, Find N3 tidak menyokong sebarang jenis penafaran kalis air.

OPPO Find N5 berkemungkinan akan dilengkapi dengan bateri 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15 berasaskan Android 15.

Seperti model sebelumnya, OPPO Find N5 akan dijenamakan sebagai OnePlus Open 2 untuk pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN