Close

Nothing Phone (3) dijangka tiba pada suku pertama 2025

Nothing dijangka akan memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Phone (3) pada suku pertama tahun ini.

Menurut laporan, Nothing Phone (3) dijangka tiba pada suku pertama 2025. Namun begitu, laporan tersebut tidak mendedahkan secara tepat mengenai tarikh pelancaran peranti tersebut.

Selain itu, Phone (3) akan menjadi peranti andalan pertama dari Nothing yang menawarkan spesifikasi dan juga kemampuan setanding peranti andalan lain. Peranti ini akan turut dimuatkan dengan pelbagai inovasi baru yang merangkumi kecerdasan buatan (AI) dan antara muka yang lebih menarik.

Carl Pei turut mendedahkan yang Nothing akan mengembangkan lagi pasukan pembangunan untuk kamera dan juga perisian sebanyak 50%. Sekaligus, menjanjikan pengoptimuman pada kamera dan perisian pada peranti akan datang.

Selain Phone (3), Nothing dijangka akan turut memperkenalkan dua lagi peranti iaitu Phone (3a) dan Phone (3a) Plus.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN