Close

Amerika Syarikat umum sekatan eksport cip AI – Malaysia tersenarai?

Amerika Syarikat mengumumkan sekatan eksport baru ke atas cip kecerdasan buatan (AI) yang merangkumi cip dan juga model AI yang digunakan dalam perisian.

Sekatan ini dibuat untuk melindungi dominasi AS dalam pembangunan AI dan pembuatan cip. Selain itu, menghalang negara musuh seperti China, Rusia, Iran, dan Korea Utara daripada mengakses teknologi AI.

Peraturan sekatan ini terbahagi kepada 3, kategori 1 adalah negara yang menerima akses penuh eksport cip tanpa sekatan seperti Jepun, Britain, Korea Selatan, Australia dan Belanda. Untuk kategori 2 adalah negara yang menerima had eksport cip tertentu merangkumi Malaysia, Singapura, UAE dan Arab Saudi. Ketagori 3 pula negara yang disekat sepenuhnya untuk menerima cip atau teknologi AI seperti China, Iran dan Rusia.

Sekatan ini diilihat tidak menjejaskan rancangan Malaysia untuk menjadi pusat data serantau berikutan Microsoft, Google dan Amazon diberikan kebenaran global untuk membina pusat data AI. Namun begitu, syarikat yang berpangkalan di AS hanya dibenarkan untuk menggunakan 50% daripada jumlah kuasa pengkomputeran AI meraka di luar AS, 25% boleh digunakan di negara kategori 1 dan tidak melebihi daripada 7% di mana-mana satu negara bukan kategori 2.

Pelaksanaan sekatan ini dijangka mengubah landskap AI di peringkat global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN